8 Jun 2019 - 14:27
Iran Kecam Sekatan Terkini A.S, Anggap Seruan Washington Untuk Berunding Bersifat Hipokrit

Jurucakap Kementerian Luar Iran mengutuk sekatan terkini Amerika Syarikat yang menyasarkan industri petrokimia negara Timur Tengah tersebut sambil menekankan bahawa tindakan seperti itu adalah salah satu contoh daripada apa yang dipanggil sebagai keganasan ekonomi Washington terhadap negara lain. Jurucakap tersebut turut mengatakan bahawa langkah bermusuhan seperti itu menjelaskan kepada dunia bahawa seruan A.S kepada sebuah rundingan baharu adalah tindakan hipokrit semata-mata.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Kementerian Luar Iran mengutuk sekatan terkini Amerika Syarikat yang menyasarkan industri petrokimia negara Timur Tengah tersebut sambil menekankan bahawa tindakan seperti itu adalah salah satu contoh daripada apa yang dipanggil sebagai keganasan ekonomi Washington terhadap negara lain. Jurucakap tersebut turut mengatakan bahawa langkah bermusuhan seperti itu menjelaskan kepada dunia bahawa seruan A.S kepada sebuah rundingan baharu adalah tindakan hipokrit semata-mata.

Dalam satu kenyataan pada hari Sabtu, Abbas Mousavi mengutuk sekatan baru Jabatan Perbendaharaan A.S yang menyasarkan industri petrokimia Iran sambil merujuk kepada perkara itu sebagai contoh yang nyata berhubung keganasan ekonomi Washington ke atas negara Iran.

"Kesabaran selama seminggu sudah cukup untuk menunjukkan (kepada kita) bahawa seruan presiden A.S mengenai rundingan dengan Iran hanyalah sesuatu yang kosong semata-mata. Dasar tekanan maksimum A.S yang yang telah beberapa kali dicuba oleh bebearapa bekas presiden negara itu adalah sebuah dasar yang gagal," kata jurucakap itu.

"Polisi itu adalah pilihan yang salah dan pentadbiran A.S perlu yakin bahawa mereka tidak akan mampu mencapai apapun matlamat yang ditetapkan ketika memilih dasar seperti itu," tegasnya.

Menolak panggilan pegawai A.S untuk berunding dengan Iran dan menganggapnya sebagai "tipu daya, sebuah kepalsuan dan hanya berusaha untuk menarik perhatian pendapat umum", Mousavi berkata, "Tindakan sebegini yang diambil oleh Amerika Syarikat sama sekali melanggar prinsip dan peraturan dasar di dalam hubungan antarabangsa, undang-undang serta komitmen antarabangsa rejim (A.S). Kesemua pelanggaran itu akan mengakibatkan akauntabiliti A.S di peringkat antarabangsa terlupus."

"Mana-mana negara memiliki tanggungjawab untuk bertindak balas terhadap pelanggaran keras ke atas prinsip-prinsip asas undang-undang antarabangsa dan tidak membenarkan pencapaian masyarakat antarabangsa dalam arena multilateralisme menjadi luput akibat oleh langkah-langkah paksaan dan unilateral pentadbiran A.S," kata jurucakap itu.

Jabatan Perbendaharaan A.S pada hari Jumaat mengenakan sekatan baru terhadap industri petrokimia Iran, termasuk sebuah industri petrokimia terbesar negara Timur Tengah itu.

Langkah itu diambil Washington rentetan panggilan yang semakin meningkat dari dalam A.S dan sekutu Baratnya untuk memaksa pentadbiran sedia ada segera berundign dengan Iran. -Tasnim News Agency